Pengguna lebuh raya Projek Lintasan Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan bayaran tol, ketika melalui laluan itu, bermula jam 12.01 tengah malam ini.<br /><br />Kutipan tol berkuat kuasa selepas tamat tempoh penggunaan secara percuma selama 48 hari yang diumumkan kerajaan sempena perasmian Lebuhraya DASH bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini.
